25 orang peserta Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) ditawarkan kerja di Hotel Bahang Bay

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

06 Januari 2021, Teluk Bahang, DBD

Seramai 25 orang pelatih telah ditawarkan pekerjaan tetap oleh Hotel Bahang Bay, Teluk Bahang selepas tamat Kursus Hospitaliti dan Pengurusan Hotel yang diadakan selama 2 minggu di hotel terbabit. Gaji yang ditawarkan oleh pihak hotel ialah antara RM1200 ke RM2500 sebulan. 

Kursus ini dianjurkan di bawah Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK), Kementerian Pembangunan Luar Bandar. PLKK ini telah memberikan impak yang positif kepada peserta khususnya golongan B40. 

Melalui program ini, para peserta telah berjaya memperolehi pekerjaan, atau memiliki pekerjaan yang menawarkan pendapatan yang lebih tinggi dan tetap berbanding sebelum ini. 

PERDA telah melantik penyedia latihan untuk menjalankan kursus ini. Antara modul yang dipelajari oleh peserta ialah Peningkatan Terhadap Layanan Pelanggan, Meningkatkan Perkhidmatan Pelanggan Melalui Kaedah 5S, Etika Kerja Dan Protokol Untuk Orang Kenamaan, Asas Bahasa Inggeris Untuk Melayan Pelanggan dan 7 Tindak Tanduk Yang Memberi Kesan Kepada Orang Ramai. 

Majlis penyampaian sijil tamat kursus ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) PERDA,  Mohd. Asri Baharom. Turut bersama ialah Pengurus Hotel Bahang Bay, Ieja Hindun Salleh.

GALERI GAMBAR

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2021 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas