Bakti siswa: Medan untuk pelajar PERDA-TECH menabur bakti

Profile

16-18 Ogos 2019, Kepala Batas, SPU

Program Bakti Siswa PERDA-TECH merupakan salah satu kesinambungan program dalam usaha mempromosikan PERDA-TECH secara berterusan kepada masyarakat di Pulau Pinang.

Selain mempromosikan PERDA-TECH sebagai pusat pembelajaran kemahiran yang unggul di negeri ini, program bakti siswa yang dijalankan dapat mengeratkan hubungan dan memberi kefahaman fungsi PERDA kepada masyarakat.

Aktiviti seperti ini juga menjadi wadah dalam membentuk serta menanam nilai kepimpinan di kalangan pelajar terutama untuk melaksanakan sesuatu program.

Pada tahun ini Pengurusan PERDA-TECH telah memilih Kampung Permatang Pak Elong, Kepala Batas sebagai lokasi untuk 40 orang pelajar PERDA-TECH menabur budi dan bakti.

Program selama tiga hari bermula pada petang Jumaat 16 Ogos 2019, telah mendapat kerjasama yang baik dari Majlis Pengurusan Komuniti Kampung, Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bertam dan masyarakat setempat.

Adun Bertam, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq yang juga merupakan Timbalan Pengerusi PERDA telah merasmikan program Bakti Siswa PERDA-TECH pada kali ini. Beliau bersama penduduk kampung serta pelajar-pelajar dan kakitangan PERDA-TECH telah bersama-sama menjaya beberapa aktiviti yang dijalankan di kampung ini.

Antara aktiviti yang dilaksanakan di sini ialah membaik pulih bumbung dan kemudahan lain, gotong-royong membersih rumah golongan warga emas yang uzur, juga membersihkan persekitaran kawasan kampung ini.

Pada majlis penutup di hari terakhir, Khaliq Mehtab merakamkan terima kasih kepada para pelajar PERDA-TECH kerana sudi turun membantu masyarakat di kampung ini.


 

  

  

  

porn Porn