Pembangunan Agrotourism Tasek Gelugor

Profile

Meningkatan pendapatan kepada penduduk terlibat

04 Oktober 2019, Tasek Gelugor

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) bersama dengan beberapa Jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat di dalam pembangunan agrotourism Tasek Gelugor telah mengadakan satu eksplorasi menyusuri sungai di Tasek Gelugor.

Aktiviti ini telah dihadiri oleh Pengerusi PERDA, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, Timbalan Pengurus Besar, Mohd. Asri Baharum, Pengarah Kementerian Pembangunan Luar Bandar Negeri Kedah,Perlis dan Pulau Pinang, Hakmal Effendi Ishak, Penyelaras Kadun Sungai Dua, Yusri Isahak dan pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang, Pejabat Tanah dan Daerah SPU dan SPT, Fama, Jabatan Kerja Raya, Tourism Malaysia Wilayah Utara, Jabatan Perhutanan, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Pertanian dan Majlis Bandaraya Seberang Perai.

Aktiviti eksplorasi ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Pengerusi PERDA dan pengawai kanan jabatan kerajaan yang terlibat di dalam program ini baru bertukar ke daerah Seberang Perai Utara. Ia juga untuk melihat perkembangan program ini setelah hampir dua tahun ia dilaksanakan.

Pelancongan agro atau agrotourism  kian mendapat tempat di dalam hati pelancong dalam dan luar negara. Pelancongan agro merupakan satu konsep pelancongan yang berkembang pesat di Malaysia, menawarkan kepada pelancong pelbagai aktiviti luar bandar seperti lawatan ke dusun buah-buahan, ladang ternakan, dan perkampungan nelayan.

Dalam konteks ini, kawasan-kawasan luar bandar di bawah Parlimen Tasek Gelugor yang terlibat dalam program agrotourism ialah Labuh Banting, Air Itam Dalam/ Sungai Korok dan Pengkalan Machang.

Ketiga-tiga kawasan ini memiliki potensi untuk dibangunkan menjadi satu produk pelancongan yang baru bagi negeri ini yang berasaskan agrotourism.

Cadangan pembangunan projek pelancongan agro ini meliputi sokongan daripada beberapa produk dan perkhidmatan. Antaranya adalah inap desa yang mana pelancong dapat menginap di rumah masyarakat setempat disamping berpeluang merasai kehidupan luar bandar.

Pelancong juga berpeluang mengikuti aktiviti sungai seperti river cruise, lawatan ke hutan pelajaran Air Itam Dalam, memancing dan sukan air.

Pelaksanaan projek ini turut melibatkan penubuhan koperasi nelayan di tiga kawasan berkenaan yang kini dinaungi lebih 500 ahli nelayan sungai yang kebanyakannya mempunyai bot sendiri.

Dijangka dari beberapa aktiviti hiliran yang ditawarkan di kawasan ini dapat menjana pendapatan tambahan kepada mereka antaranya sewaan gerai, perkhidmatan rawatan tradisional seperti urutan, bekam dan spa. Begitu juga penjualan melalui hasilan sungai yang meliputi tangkapan udang, ikan air tawar, hasilan nipah dan ternakan ikan air tawar dalam kolam.


  

  

  

  

  

porn Porn