Pengerusi PERDA Rasmi Mesyuarat PIBG Sekolah Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara SPS

Profile09 Mac 2019, Bandar Tasek Mutiara SPS

“Ibu bapa melahirkan zuriat, namun guru dan pendidiklah yang mengasuh pelajar menjadi insan,” demikian ditegaskan oleh Mohamed Haniff Khatri Abdulla, Pengerusi PERDA ketika merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara (SKBTM) pada 9 Mac 2019 yang lalu.

Sekiranya ibu bapa dan guru-guru bekerjasama, pasti segala-galanya boleh mencapai kejayaan. Ia adalah asas kepada idea kewujudan PIBG.

Tambah beliau lagi, PIBG bukan sekadar persatuan tetapi lebih kepada sebuah majlis. Jika persatuan ianya lebih berteraskan kepada kepentingan ahli-ahli persatuan. Namun dianggap sebagai sebuah majlis di mana ibubapa dan guru-guru bekerjasama dengan tujuan utama untuk kepentingan anak-anak di sekolah tersebut.

Haniff juga memaklumkan bahawa PERDA bukan kerajaan dalam kerajaan. Kerajaan utama adalah kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. PERDA merupakan agensi kerajaan yang membantu menaik taraf sosio ekonomi kesemua penduduk luar bandar di dalam kawasan yang diwartakan sebagai kawasan operasi PERDA, termasuk dengan sekolah-sekolah luar bandar.

“Bagi saya, sekiranya mana-mana agensi mempunyai tanggungjawab menaik taraf sosio ekonomi sesuatu penduduk, ianya bermula daripada akar umbinya ialah pendidikan, asuhan. Kalau pendidikan dan asuhan dapat dipantau dengan baik, insyaallah sosio ekonomi masyarakat tersebut akan bertambah baik,” ujar beliau lagi.

Beliau juga percaya hasil gabungan idea dan kerjasama ibu bapa, guru-guru dan komuniti setempat serta agensi-agensi kerajaan dan swasta, mampu menghasilkan kejayaan di kalangan pelajar-pelajar baik di dalam bidang akademik dan juga kokurikulum di peringkat negeri, kebangsaan mahupun di peringkat global.

Pada majlis yang sama, Mohamed Haniff turut menyampaikan hadiah kepada penerima Ikon PIBG 2019 dan juga hadiah kepada AJK PIBG 2018/2019. Turut hadir ke majlis itu ialah Guru Besar SKBTM, Fadzilah Hasan dan Yang Dipertua PIBG SKBTM, Mohd Fadhuni Abd Ghani.


 

   

  

porn Porn