Enam anugerah disampaikan di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 PERDA

User Rating: 4 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Inactive
 
28 Julai 2020, PERDA-TECH, Jawi

Sebagai pengiktirafan kepada warga kerja PERDA yang telah menunjukkan prestasi kerja yang baik serta sumbangan mereka mewakili PERDA di dalam pertandingan yang dianjurkan di pelbagai peringkat, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 telah menyediakan enam anugerah untuk disampaikan.

Enam anugerah tersebut ialah Pengiktirafan PERDA, Anugerah Corporate Social Responsibility (CSR). Anugerah Great Health Saver, Anugerah Wow Factor Eksa, Anugerah Penghargaan, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Perkhidmatan 25 Tahun.

Pengerusi PERDA, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq telah menyampaikan anugerah-anugerah utama kepada warga kerja yang terpilih. Selain beliau, Pengurus Besar, Datuk Rosman Hashim dan Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Noor Hayati Ishak turut bersama menyampaikan anugerah kepada para penerima.

Majlis yang diadakan di Dewan Utama, PERDA-TECH ini telah mengumpulkan hampir 200 warga kerja dari bahagian-bahagian dan unit yang terdapat di PERDA.
GALERI GAMBAR

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.