Langkah Mula MPDCA PERDA Tahun 2021

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

30 Mac 2021, Seberang Jaya

Sesi Taklimat Tajaan Program Akademik Tahun 2021 Kepada seramai 71 orang Pengetua- Pengetua dan Guru Besar-Guru Besar daripada sekolah-sekolah di bawah kawasan operasi PERDA telah diadakan pada 30 Mac 2021 bertempat di Hotel The Light, Seberang Jaya.

Program ini turut dihadiri oleh Encik Suhaimi bin Saidin, Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) dan juga Pegawai-Pegawai Pendidikan Daerah iaitu daripada Daerah Seberang Perai Utara, Daerah Seberang Perai Tengah, Daerah Seberang Perai Selatan, Daerah Barat Daya dan Daerah Timur Laut.

Taklimat yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Asri bin Baharum, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) PERDA adalah bertujuan untuk memaklumkan kepada pentadbir-pentadbir sekolah tentang program-program tajaan akademik yang sedang dan akan dilaksanakan sepanjang tahun 2021.

Di samping itu, program ini juga menjadi medium suai kenal antara pegawai-pegawai PERDA, pihak Pejabat Pendidikan Daerah serta pentadbir-pentadbir sekolah bagi mengeratkan lagi jalinan kerjasama antara PERDA dan pihak-pihak yang berkepentingan demi mencapai objektif program pembangunan modal insan yang dirancang serta merealisasikan harapan rakyat di negeri Pulau Pinang.

#PERDA
#MerealisasikanHarapanRakyat
#KPLB
#LuarBandarSejahtera
#PDCA

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2021

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.