Lawatan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke PERDA

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

24 September 2020, Butterworth

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Abbas telah mengadakan lawatan rasmi ke Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) pada 24 September yang lalu.

Kunjungan beliau telah disambut oleh Pengerusi PERDA, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq, Pengurus Besar, Dato’ Rosman Hashim dan pegawai-pegawai kanan PERDA.

Sebelum taklimat rasmi diberikan kepada Yang di-Pertua Negeri, Pengerusi PERDA Khaliq Mehtab telah merakamkan penghormatan dan perasaan gembira bagi pihak Lembaga atas kunjungan Yang di-Pertua Negeri di dalam ucapan aluan beliau.

Pengurus Besar, Dato’ Rosman telah menyampaikan taklimat rasmi berkaitan perjalanan aktiviti dan program yang dilaksanakan oleh PERDA pada tahun ini.

Dalam kunjungan ini juga, Tun Dato’ Seri Utama Haji Abdul Rahman telah mengambil kesempatan berbual mesra dengan pegawai-pegawai kanan PERDA. Malahan beliau juga memperingatkan para pegawai untuk memastikan PERDA terus bergerak di landasan yang betul seperti mana tujuan asal penubuhan.
GALERI GAMBAR

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.