PERUTUSAN PENGERUSI

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.
 
Era globalisasi dan maklumat hanya di hujung jari seolah-olah telah mengecilkan saiz dunia sebesar hanya sebuah kampung yang mampu dikunjungi setiap rumah di dalamnya. Begitulah analogi yang dapat diberikan tentang kecanggihan ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) masa kini yang pesat berkembang saban tahun.
 
Oleh yang demikian, sebagai sebuah organisasi Kerajaan Persekutuan, PERDA tidak ketinggalan dalam menyediakan portal atau laman web yang dapat mendekatkan hubungan antara orang awam dan organisasi PERDA. Penyediaan portal ini mampu mengetengahkan perkhidmatan dan produk PERDA dengan lebih mudah.
 
Ia dibangun dengan capaian-capaian mesra pelanggan, sangat mudah ditelusuri baik melalui komputer mahu pun telefon pintar.
 
Selain dari menyampaikan maklumat berkaitan perkhidmatan dan produk kepada golongan sasar, khususnya masyarakat Pulau Pinang di dalam kawasan operasi PERDA, portal ini juga menjadi wadah penyaluran pandangan, komen atau cadangan dari pihak awam kepada kami, yang dapat membantu memperbaiki atau mempertingkatkan lagi perkhidmatan dan produk yang kami tawarkan.
 
Hal ini sangat dialu-alukan, demi pengukuhan sistem penyampaian dan urus tadbir yang lebih cekap di agensi ini.
 
Selain itu, maklumat berkaitan aktiviti dan program PERDA turut dapat di ketahui melalui beberapa media sosial rasmi agensi yang juga telah dibangunkan seperti di Facebook, Instagram dan Youtube melalui alamat capaian “oficialperda.”
 
Saranan saya kepada penduduk Pulau Pinang, jadilah warga yang bermaklumat.
 
Tuan Khaliq Mehtab Mohd Ishaq
Pengerusi
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2021 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas