18 Pelajar Senireka Fesyen Mempersembahkan Hasil Rekaan

Profile10 Disember 2016, PERDA-TECH

Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA TECH) telah mengadakan Fashion Show 2016 yang bertemakan conveyance (pengangkutan) di Dewan Utama, PERDA-TECH, baru-baru ini.

Seramai 18 orang pelajar Sijil Senireka Fesyen mempersembahkan hasil rekaan masing-masing dan sebanyak 35 rekaan pakaian dewasa serta dua rekaan pakaian kanak-kanak telah diperagakan.

Program ini diadakan bagi memenuhi syarat pengajian Sijil Senireka Fesyen disamping meningkatkan kreativiti pelajar dalam mengeluarkan segala idea dan usaha bagi merealisasikan hasil rekaan pakaian.

Tempat pertama dimenangi oleh Nur Hazwani Jamaludin dengan inspirasi Royal British Carriage, manakala kedua Nor Shahirah Amran dengan inspirasi Royal Clipper dan ketiga Nuriffah Zulhusni dengan inspirasi Jeepney.

Program ini dirasmikan oleh Noor Hayati Ishak, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) dan turut dihadiri oleh Zolkhifli Mohamed, Pengarah PERDA-TECH.


 

  

porn Porn