200 Orang Terima Bantuan Raya PERDA

Profile14 Jun 2017, Sungai Dua, Tasek Gelugor

Seramai 200 orang daripada golongan miskin dan uzur telah menerima bantuan hari raya daripada PERDA sempena Majlis Ihya Ramadhan PERDA.

Majlis yang mendapat kerjasama daripada Ahli Jawatankuasa Khariah Masjid Jamek Al Ridwan Nyiur Sebatang, Sungai Dua ini merupakan inisiatif tanggungjawab sosial PERDA untuk mewujudkan hubungan yang rapat antara pimpinan dan ahli masyarakat setempat dengan agensi ini.

Di majlis ini, Pengerusi PERDA Datuk Shabudin Yahaya telah menyempurnakan penyampaian bantuan ini. Beliau juga telah menyampaikan sumbangan PERDA sebanyak RM1000 ringgit kepada Pengerusi Khariah Masjid Al Ridwan, Haji Yusuf Awang untuk digunakan bagi tujuan mengimarahkan masjid.

Turut bersama di majlis ini adalah Adun Sungai Dua Yusuf Mohd Noor, Adun Permatang Berangan Omar Abdul Hamid, Pengurus Besar PERDA Rosman Hashim dan pegawai-pegawai PERDA serta penduduk setempat.



   

   

   

   

porn Porn