389 Orang Graduan PERDA-TECH Terima Sijil dan Diploma di Majlis Konvokesyen PERDA-TECH Kali Ke-10

Profile20 & 21 Mac 2019, Nibong Tebal, SPS

Seramai 389 graduan PERDA-TECH telah memperolehi sijil dan diploma di Majlis Konvokesyen Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) kali ke-10 yang diadakan pada 20 dan 21 Mac 2019, bertempat di Dewan Utama PERDA-TECH.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun telah menyempurnakan sidang hari pertama majlis konvokesyen. Manakala Pengerusi PERDA, Mohamed Haniff Khatri Abdullah telah menyempurnakan sidang hari kedua.

Pada sidang hari pertama, Rina mengucapkan tahniah kepada semua graduan yang berjaya menamatkan pengajian.

Beliau juga menyatakan bawah PERDA-TECH telah memainkan peranannya dengan berkesan dalam usaha membantu belia lepasan sekolah terutama di luar bandar untuk mendapatkan latihan kemahiran yang diiktiraf oleh badan-badan akademik, profesional dan industri.

“Saya bangga dengan pencapaian PERDA-TECH sehingga kini apatah lagi PERDA telah kembali ke pangkuan Kementerian Pembangunan Luar Bandar,” ujar beliau lagi.

Tambah Rina, kerajaan telah bersetuju untuk meningkatkan prasarana pembelajaran di PERDA-TECH dengan membangunkan lagi dua bengkel pengajian yang baru iaitu Bengkel Teknologi Automotif dan Bengkel Kejuruteraan Pertanian pada tahun ini.

“Pendidikan jalan meningkatkan taraf sosio ekonomi masyarakat luar bandar”

Pengerusi PERDA, Haniff menekan bahawa pendidikan adalah jalan kepada naik taraf pendapatan, seterusnya memberi peningkatan kepada taraf sosio ekonomi belia dan masyarakat luar bandar. Beliau menyatakan demikian di dalam ucapan perasmian konvokesyen pada sidang hari kedua.

Tambah beliau lagi, para graduan hendaklah meningkatkan kecemerlangan masing-masing di dalam kerjaya atau meneruskan lagi ke peringkat pengajian yang lebih tinggi demi masa depan yang lebih gemilang.

Menurut beliau, para graduan lepasan PERDA-TECH haruslah mengambil peluang mengisi kekosongan 60 peratus daripada 1.5 juta perkerjaan yang diwujudkan di bawah RMK11 yang memerlukan kelayakan berkaitan TVET.

Pada majlis konvokesyen kali ini pelajar kursus Sijil Teknologi Elektrik, Mohammad Shahrizal Anuar telah dinobatkan sebagai pelajar emas, menerima anugerah khas ini daripada Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Manakala Nur Faiqah Aiman Zakaria, pelajar kursus Sijil Teknologi Pertanian menerima Anugerah Khas Pengerusi PERDA daripada Mohamed Haniff.


 

 

 

 

 

 

 

 

 

porn Porn