Bantuan Peningkatan Ekonomi: Menjana Pendapatan Golongan e-Kasih Dan Meningkatkan Pengeluaran Produk Usahawan

Profile05 Mei 2017, Tasek Gelugor SPU

Program bantuan ekonomi merupakan satu usaha kerajaan persekutuan melalui Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP) menerusi PERDA untuk menggalakkan penyertaan masyarakat bumiputera di dalam aktiviti perniagaan. Ia dilaksanakan kepada dua golongan iaitu miskin/miskin tegar yang berdaftar sebagai perserta e-Kasih dan golongan usahawan/ peniaga kecil.

Bantuan ekonomi untuk golongan e-Kasih ini melibatkan bantuan peralatan perniagaan yang bernilai tidak melebihi RM5000.  Manakala bagi golongan usahawan pula mereka dibantu melalui beberapa skim antaranya Skim Sokongan Pembangunan Usahawan Pertengahan (SSPUP), Program Pembangunan Usahawan Micro, Kecil dan Pertengahan Bumiputera, dan Skim Modal Pusingan Perniagaan.

Untuk program penyerahan bantuan di kawasan Parlimen Tasek Gelugor seramai  17 penerima Bantuan Ekonomi Kecil (e-Kasih) telah dipilih yang meliputi jumlah bantuan RM61,993. Untuk kategori usahawan pula,tiga orang usahawan telah menerima Skim  Sokongan Pembangunan Usahawan Pertengahan bernilai RM195,000 dan seorang menerima geran mesin dan peralatan bernilai RM10,000. Manakala untuk pinjaman  Skim Modal Pusingan Perniagaan ialah seramai dua orang dengan nilai RM70,000.

Bantuan-bantuan kepada penerima ini telah disampaikan oleh Datuk Shahbudin Yahaya, Pengerusi Perda yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor.


   

   

   

porn Porn