Bengkel Pemurnian Bahan Program Didik Cemerlang Akademik (PDCA) 2017

Profile10 - 12 Februari 2017, Kangar

Pada 10 hingga 12 Februari 2017 yang lalu, Bahagian Pembangunan Insan, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Pulau Pinang dan Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang (BPPBPP) telah mengadakan Bengkel Pemurnian Bahan PDCA 2017 .

Bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 90 orang Jurulatih Utama (J.U.) MPDCA. Bengkel ini juga terbahagi kepada 2 kumpulan peperiksaan iaitu peperiksaan UPSR yang terdiri daripada 28 orang J.U. Mereka memfokuskan modul bagi subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Manakala 62 orang J.U. lagi memfokuskan mata pelajaran bagi peperiksaan SPM. Antara subjek yang terpilih ialah Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi.

Pengurus Bahagian Pembangunan Insan, Encik Saadin Kadir turut menghadiri bengkel yang telah diadakan di Hotel Seri Malaysia, Kangar, Perlis ini.


 

   

   

porn Porn