Building The Future – PERDA Tambah Dana Untuk Sekolah Pintar Model Khas SMK Permatang Tok Jaya

Profile14 Ogos 2017, SMK Permatang Tok Jaya

Bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Tok Jaya, PERDA telah melancarkan Program Building the Future yang merupakan program survival model khas di bawah Kementerian Pendidikan.

Idea pelaksanaan yang tercetus daripada perbincangan kerjasama strategik program sekolah model khas bersama agensi luar di Kementerian Pendidikan pada Mac yang lalu, telah menjelmakan hasrat PERDA untuk memainkan peranan di dalam pembangunan dan pelaksanaan program model khas di negara ini.

Dengan menjadikan obejktifnya untuk melonjakkan prestasi pelajar dan sekolah, melalui sokongan kepada pelaksanaan program-program tambahan akademik yang lain diharap dapat melahirkan individu-individu yang cemerlang pada masa akan datang.

Penglibatan PERDA di dalam program ini merupakan satu tanggungjawab sosial. Manakala SMK Permatang Tok Jaya pula adalah satu-satunya sekolah model khas yang ada di Pulau Pinang, tambahan pula sekolah ini terletak di bawah tajaan PERDA melalui program Mutiara Program Didik Cemerlang Akademik (MPDCA).

Selain daripada peruntukan yang disalurkan melalui MPDCA, penyaluran peruntukan tambahan oleh PERDA sebanyak RM50,000.00 untuk program model khas Building the Future dapat menyediakan program tuisyen kepada 100 orang pelajar yang terdiri dari pelajar tahun 4 hingga tahun 6 di sekolah tersebut bagi tahun 2017.

Program yang disempurnakan oleh Datuk Shabudin Yahaya, Pengerusi PERDA ini telah disaksikan bersama oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Azmi Lateh, Timbalan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Datuk Zolkopli Dahalan, Pengarah Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Shaari Osman serta tetamu-tetamu jemputan.


 

    

  

porn Porn