Dua Program Perumahan PERDA Dijadual Siap Pada Tahun Ini

ProfileTaman Sungai Bakap Perdana Fasa 1 dan Program Pembangunan Sejahtera Rakyat (PPSR) Kuala Sungai Pinang

01 Mac 2019, Sungai Bakap, SPS & Kuala Sungai Pinang, DBD

Pengerusi PERDA, Mohamed Haniff Khatri Abdullah telah berkesempatan melakukan lawatan ke dua program perumahan PERDA iaitu Taman Sungai Bakap Perdana Fasa 1, di daerah Seberang Perai Selatan dan Program Pembangunan Sejahtera Rakyat (PPSR) Kuala Sungai Pinang, di Daerah Barat Daya.

Taman Sungai Bakap Perdana Fasa 1 yang menawarkan 112 unit rumah teres  sederhana dan dan 72 unit rumah kluster kos rendah dijangka siap pada bulan April ini. Sehingga kini kerja-kerja di tapak pembinaan telah mencapai 95 peratus siap.

Bagi rumah teres sederhana harga yang ditawarkan ialah bermula dari RM325,000.00 manakala rumah kluster kos rendah ialah sebanyak RM42,000.00 seunit.

Pada pembangunan fasa 1 ini PERDA turut membangunkan kedai/pejabat 2 tingkat sebanyak 5 unit, sebuah surau, sebuah dewan serba guna satu tingkat dan gerai penjaja sebanyak 8 unit.

Manakala Program Pembangunan Sejahtera Rakyat (PPSR) Kuala Sungai Pinang menawarkan sebanyak 52 unit rumah berkembar setingkat.  Namun harga seunit rumah PPSR ini tidak dapat diumumkan lagi kerana masih di peringkat kajian dan cadangan.

Projek ini tidak menghadapi masalah dalam jadual pembangunannya, yang kini telah mencapai 65 peratus siap. Ia dijangka siap sepenuhnya pada bulan September tahun ini.

Di dalam lawatan ini, Mohamed Haniff telah diberikan penerangan oleh pihak konsultan dan kontraktor yang terbabit.


Taman Sungai Bakap Perdana Fasa 1

   

     


Program Pembangunan Sejahtera Rakyat (PPSR) Kuala Sungai Pinang

   

 

porn Porn