Haniff, Pengerusi PERDA Rasmi Mesyuarat Agong Tahunan Kali Ke-2 KoPERDA

Profile23 Mac 2019, Butterworth

“Dengan keahlian kini sudah mencapai 205 orang ahli, iaitu lebih dari 70 peratus jumlah kakitangan PERDA, wajar saya mengucapkan tahniah kepada tuan-tuan dan puan-puan kerana meletakkan kepercayaan kepada KoPERDA dapat membantu sosio ekonomi kakitangan PERDA,” demikian dinyatakan oleh Pengerusi PERDA, Mohamed Haniff Khatri Abdullah ketika merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan Kali ke-2 Koperasi PERDA (KoPERDA) di ibu pejabat PERDA, Butterworth.

Tambah beliau lagi, ahli KoPERDA hendaklah menggunakan mesyuarat agong ini untuk memberikan cadangan yang bernas. Beliau juga menegur pemikiran sesetengah ahli yang melihat penubuhan koperasi semata-mata untuk kemudahan pinjaman sahaja.

Beliau juga tidak ada masalah untuk menyokong apa-apa aktiviti dan permohonan dari KoPERDA jika ia diadakan bertujuan untuk membantu masyarakat dalam kawasan operasi PERDA.

Mesyuarat Agong Tahunan Kali ke-2 KoPERDA ini turut dihadiri oleh Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Shahrizan Abdullah, sebagai pemerhati dan pemandu kepada perjalanan mesyuarat. Turut bersama ialah Pengerusi KoPERDA Mohd Asri Baharum, ahli-ahli anggota lembaga dan ahli-ahli biasa KoPERDA.


 

   

    

     

    

     

porn Porn