Identiti Batik Pulau Pinang Diperkenalkan

Profile19 Mac 2017, Teluk Kumbar

Jawatankuasa Focus Group (JKFG) Pembangunan Usahawan dan Koperasi Bumiputera Pulau Pinang di bawah Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP) dan Perbadanan Kraftangan Cawangan Pulau Pinang hari ini telah mengadakan Majlis Pelancaran Batik Pulau Pinang bertempat di Lexis Suites Penang, Teluk Kumbar.

Menurut pengerusi JKFG, Datuk Haji Muhamad Farid Saad, usaha ini bertujuan agar Pulau Pinang dapat mengeluarkan produk batik yang mempunyai motif dan identiti negeri Pulau Pinang agar dapat bersaing seiring dengan batik dari negeri Kelantan dan Terengganu. Keistimewaan batik Pulau Pinang mempunyai identiti khas tersendiri dengan penggunaan fabrik semula jadi iaitu kapas.

“Fabrik jenis ini lebih lembut, sejuk dipakai serta sesuai digayakan sama ada dalam musim sejuk atau panas. Faktor ini yang menyebabkan kami memilih fabrik kapas untuk keselesaan pemakai,” tambah beliau lagi.

Di dalam ucapan aluan itu juga beliau mengucapakan syabas kepada Perbadanan Kemajuan Kraftangan Cawangan Pulau Pinang dan PERDA kerana telah berjaya melaksanakan program ini. Diharapkan program ini turut mendapat sokongan daripada para usahawan batik.

Sementara itu, sebanyak 30 rekaan fesyen bagi lelaki dan wanita turut digayakan semasa  pertunjukan fesyen di majlis yang sama.

Majlis telah disempurnakan oleh Isteri Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Toh Puan Dato’ Seri Utama Majimor Shariff, dengan kehadiran bersama Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Zuraida Mokhtar, Ahli-ahli Yang Berhormat serta ketua-ketua jabatan utama negeri dan persekutuan.


 

   

   

   

  

   

   

  

     

 

porn Porn