Kerajaan sasar wujud 191 Desa Digital dalam tempoh lima tahun

Profile

20 Ogos 2019, Kuala Lumpur

Kerajaan menyasarkan untuk menubuhkan 191 Desa Pintar dengan kerjasama sektor swasta dalam tempoh lima tahun akan datang.

Sebagai permulaan Projek Desa Pintar (PDP) kini akan dilaksanakan di beberapa kampung berpusat di Pusat Komuniti Desa Kompleks Penghulu Mukim Bukit Kepong, Labis di Johor sebelum diperluaskan ke seluruh negara secara berperingkat mulai tahun depan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun, berkata program itu antara inisiatif terbaru kementeriannya untuk meningkatkan capaian internet dan mengurangkan jurang digital antara kawasan bandar serta luar bandar menjana pendapatan komuniti setempat.

Beliau berkata, PDP yang bakal dilancarkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada bulan depan itu diharap membantu usahawan tempatan di luar bandar mempromosi dan memasarkan produk keluaran industri kecil dan sedarhana (IKS) serta ekopelancongan mereka ke pasaran global.

Katanya, usaha ini akan meningkatkan bilangan usahawan tempatan yang mampu menembusi pasaran antarabangsa menerusi platform digital dibangunkan bersama Telekom Malaysia (TM) dan rakan startegik lain.

“Projek ini juga dapat meningkatkan pembangunan modal insan dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di luar bandar, sekali gus mengurangkan jumlah anak muda berhijrah ke bandar pada masa depan.

“Sebagai contoh, menerusi latihan kemahiran membaiki telefon pintar oleh Samsung, belia tempatan berpeluang membuka perniagaan membaik pulih telefon.

“Pemain industri seperti Microsoft dan Google pula memberi latihan digital seperti membangunkan laman web kepada belia dan ini membolehkan mereka menjana pendapat tambahan secara sambilan,” katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara kementeriannya dengan rakan strategik PDP di sini, hari ini.

Antara syarikat yang menjadi rakan strategik PDP ialah TM ONE Bhd, Axiata Digital Ecode Sdn Bhd, Samsung Malaysia Sdn Bhd, Vettons Sdn Bhd, EBDesk Malaysia Sdn Bhd dan Integriti Padu Sdn Bhd, manakala rakan pelaksana Amazon Web Servisces.

Rina berkata, kementeriannya melihat penubuhan Desa Pintar perlu dalam usaha kerajaan membangunkan kawasan luar bandar, selain menyediakan kemudahan asas lain seperti bekalan elektrik, air dan jalan raya.

Katanya, walaupun PDP masih belum dilancarkan secara rasmi, namun sudah ada lebih 20 usahawan luar bandar yang berjaya memasarkan produk mereka menerusi platform digital.

-BH ONLINE-


Artikel Penuh : BH ONLINE


 

porn Porn