Kewangan

Berapa lamakah tempoh pembayaran dibuat?

Tempoh pembayaran dibuat adalah selama 2 minggu selepas invois diterima dengan lengkap dan setelah semua bekalan atau perkhidmatan telah selesai dibuat dan telah diakui perkhidmatan.

Bagaimanakah cara pembayaran sewaan atau pajakan bulanan boleh dibuat?

Bayaran sewa atau pajakan bulanan boleh dibuat di kaunter di Bahagian Kewangan, PERDA Tingkat 5, Lorong Kampung Gajah 2, Jalan Kampung Gajah, 12200 Butterworth atau juga boleh dibayar melalui Bank Islam sama ada terus ke kaunter atau menerusi perbankan internet kepada pemegang smartcard BIMB sahaja.

Bagaimana PERDA mengiklankan sebutharga atau tender?

PERDA mengiklankan sebutharga di dalam laman web PERDA yang boleh dilayari di www.perda.gov.my dan juga notis sebutharga dilekatkan di papan kenyataan PERDA. Untuk iklan tender, PERDA akan mengiklankan di dalam surat khabar utama berbahasa melayu dan juga melalui laman web PERDA.

Bagaimanakah cara pembekal atau kontraktor ingin mendaftar sebagai kontraktor atau pembekal potensi dengan PERDA?

Pembekal atau kontraktor yang ingin berdaftar dengan PERDA boleh berbuat demikian dengan memuat turun borang pendaftaran pembekal atau kontraktor melalui laman web PERDA di www.perda.gov.my ataupun datang sendiri ke Bahagian Kewangan untuk mendapatkan borang pendaftaran.

Bila dan dimanakah dokumen sebutharga atau tender boleh dibeli?

Dokumen sebutharga atau tender boleh dibeli di Kaunter Kutipan Hasil, Bahagian Kewangan, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, No. 1 Lorong Kampung Gajah 2, Jalan Kampung Gajah, 12200 Butterworth.

porn Porn