KP ICU Sampaikan Amanat Kepada Ahli Lembaga Pengarah dan Pegawai-Pegawai PERDA

Profile19 Julai 2017, Ibu Pejabat PERDA

Majlis Penyampaian Amanat kepada Ahli Lembaga Pengarah PERDA dan pegawai-pegawai PERDA telah diadakan sempena pelantikan semula Ahli Lembaga Pengarah PERDA untuk sesi 2017/2019. Majlis ini telah disempurnakan oleh Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri.

Semua Ahli Lembaga Pengarah PERDA yang diketuai oleh Datuk Haji Shabudin Yahya merangkap Pengerusi PERDA telah menerima watikah pelantikan daripada Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore di majlis tersebut.

Pada majlis yang sama, diumumkan pengesahan kenaikan pangkat yang melibatkan 22 orang pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi serta Kumpulan Pengurusan & Profesional PERDA.

Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah ICU, Datuk Zolkopli Dahalan, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang, Syed Shaari Syed Abdullah, dan, Pengarah Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang, Asuat Ahmad.


   

   

   

   

porn Porn