Kuasai Bahasa Inggeris untuk Sambung Pengajian di Peringkat Lebih Tinggi – Pengerusi PERDA

Profile02 Februari 2019, PERDA-TECH

Menguasai Bahasa Inggeris hendaklah diusahakan hingga fasih terutama kepada pelajar yang berhasrat untuk melanjut pelajaran di luar negara. Kebolehan berbahasa Inggeris ini harus dimulakan di peringkat sekolah lagi. Demikian saranan Pengerusi PERDA, Mohamed Haniff Khatri Abdulla di hadapan 600 pelajar tingkatan lima yang bakal menghadapi SPM pada tahun ini, semasa merasmikan Program Seminar Motivasi Terbilang (SMART) SPM 2019, di Dewan Utama PERDA-TECH.

Tambah beliau lagi, SPM adalah antara ujian yang harus dilalui oleh semua pelajar sebagai persiapan diri sebagai insan untuk menghadapi cabaran hidup. Amalkan segala yang diajar oleh guru-guru di sekolah kerana dunia di luar sangat berbeza dengan dunia sekolah. Namun segala yang dipelajari di sekolah boleh digunakan sebagai panduan.

Program seminar motivasi yang pertama diadakan tahun ini di bawah Program Didik Cemerlang Akademik (MPDCA) adalah khusus untuk pelajar-pelajar SPM daripada 24 buah Sekolah Menengah Kebangsaan di bawah selian PERDA. ia turut dihadiri oleh guru-guru daripada sekolah terbabit.

Seminar ini bertujuan meransangkan semangat dan motivasi para pelajar untuk menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Selain itu, seminar ini juga dapat mendedahkan mereka teknik serta tips untuk menjadi pelajar cemerlang. Para pelajar juga dibimbing untuk merancang dan menentukan matlamat diri serta hala tuju mereka selepas berakhir peperiksaan.


 

    

   

     

  

porn Porn