Kunjungan hormat LHDN Cawangan Bukit Mertajam ke PERDA

Profile 

04 Julai 2019, Ibu Pejabat PERDA, Butterworth

Pada 4 Julai 2019 yang lalu PERDA telah menerima kunjungan hormat dari delegasi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) Cawangan Bukit Mertajam. Delegasi yang diketuai oleh Pengarah Cawangan Bukit Mertajam iaitu Mohamad Zin Yaacob bersama enam pegawai kanan LHDN dari pejabat cawangan Bukit Mertajam, cawangan Pulau Pinang dan Pejabat Pengarah Negeri Pulau Pinang.

Kunjungan yang bertujuan untuk mewujudkan jaringan kerjasama antara LHDN dengan pihak agensi luar ini, diharapkan dapat menghasilkan kebaikan secara bersama kepada agensi-agensi kerajaan. Demikan dinyatakan oleh Mohamad Zain ketika memberikan ucapan balas di dalam pertemuan ini.

Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) PERDA, Noor Hayati Ishak pula merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak LHDN kerana memilih PERDA antara destinasi kunjungan mereka ke agensi-agensi kerajaan. Di dalam pertemuan ini, beliau mengambil kesempatan untuk menyampaikan taklimat berkaitan PERDA khususnya melibatkan aktiviti dan program yang dilaksanakan oleh PERDA.

Di akhir pertemuan kedua-dua pihak bersetuju secara mutual untuk bekerjasama dalam usaha menja yakan apa-apa agenda yang melibatkan kepentingan negara.


  

  

  

porn Porn