Kunjungan Hormat Pengerusi dan Pengurus Besar PERDA ke Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang

Profile04 April 2019, Komtar

Hampir sepuluh tahun tidak mempunyai hubungan ‘mesra’ dengan pimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, pasca perubahan politik negara selepas 9 Mei 2018, PERDA melalui pengerusinya, Mohamed Haniff Khatri Abdullah telah mengambil inisiatif merapatkan semula hubungan yang ‘suram’ selama ini dengan kunjungan hormat beliau terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yew di pejabat beliau di Komtar.

Pada pertemuan ini, Haniff dan Chow Kon Yew telah berbincang dalam kerangka mewujudkan hubungan baik antara PERDA dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, serta akan menjemput Ketua Menteri dan barisan Exco Kerajaan Negeri di dalam mana-mana aktiviti dan program bersesuaian yang akan dilaksanakan oleh PERDA selepas ini.

Dengan nada seloroh, Chow Kon Yew juga mengingatkan Haniff jangan lupa untuk menjemput beliau dan barisan pimpinan negeri ke jamuan hari raya PERDA akan datang.

Perjumpaan yang mengambil masa hampir 40 minit ini turut dihadiri bersama oleh Pengurus Besar PERDA, Rosman Hashim.


porn Porn