Laporan Video Berkaitan Tindakan Perundangan Yang Diambil PERDA!!

Profile17 Februari 2019, PERDA

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :

1. Seperti yang DIJANJIKAN pada 28.01.2019 dan 02.02.2019 itu, pada hari Jumaat 15.02.2019 saya telah mengadakan satu Sidang Akhbar di mana saya telah mengumumkan PELAKSANAAN JANJI itu tepat mendahului waktunya dengan mengesahkan bahawa TINDAKAN MAHKAMAH terhadap pihak-pihak pesalah laku dalam kehilangan kepentingan pada tanah ataupun dana PERDA, telahpun difailkan pada 13.02.2019 dan 14.02.2019, masing-masing, sepertimana yang diperjelaskan dalam Laporan FREEMALAYSIATODAY 15.02.2019 bertajuk "PERDA saman bekas pengerusi, ahli lembaga atas jualan tanah murah", yang mana adalah dimuat naik di Siri : 1671 di sana.

2. Di Ruang Bawah ini, ada dimuat naik DUA (2) Video yang meliputi Laporan Sidang Akhbar tersebut :

(a) Video Atas - mengumumkan kedudukan PERDA sebagai AGENSI PERSEKUTUAN untuk laksanakan tanggungjawab di bawah AKTA PERDA 1983, dan bukannya "AGENSI POLITIK", video seperti yang dirakam oleh China Press 15.02.2019, dan

Link video : https://www.facebook.com/100011727181479/videos/pcb.735181643549402/735174700216763/?type=3&theater

(b) Video Bawah - merumuskan keseluruhan laporan Sidang Akhbar seperti yang dipertontonkan di TV3 Buletin Pagi, Sabtu, 16.02.2019.

Link video : https://www.facebook.com/100011727181479/videos/pcb.735181643549402/735179230216310/?type=3&theater

Link video di Youtube :https://youtu.be/N2DBx_R6jvE

TANPA GUNDAH - GANJARA !!!

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!

(Sila lihat Siri : 1649, 1655, 1661 & 1671) - PERDA


porn Porn