Lawatan kerja Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pembangunan Luar Bandar ke PERDA-TECH

Profile

16 Julai 2019, Nibong Tebal SPS

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Che Murad Sayang Ramjan telah mengadakan lawatan ke Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) di Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan bagi meninjau lebih dekat kemudahan dan pembelajaran yang ditawarkan di institusi ini.

Di awal lawatan beliau telah diberikan taklimat oleh Pengarah PERDA-TECH, Zolkhifli Mohamed berkaitan sejarah penubuhan, kursus-kursus yang ditawarkan, dan kemudahan yang disediakan di institusi ini.

Datuk Che Murad juga telah dibawa melawat ke semua bengkel pengajian di PERDA-TECH seperti teknologi pembuatan, kimpalan, elektrik, automotif, teknologi multimedia dan senireka fesyen.

Beliau juga mengambil kesempatan di dalam lawatan ini untuk menyampaikan ucapan motivasi di hadapan hampir 300 orang pelajar PERDA-TECH. Antara lain di dalam ucapan tersebut Datuk Che Murad menekankan kepentingan pendidikan TVET yang disediakan oleh kerajaan.

Beliau berharap para pelajar dapat menguasai ilmu TVET yang diperolehi di PERDA-TECH dan menanam azam ilmu yang diperolehi di sini sebagai bekalan untuk menjadi usahawan apabila keluar dari institusi ini nanti.

Turut bersama di dalam lawatan ini Pengurus Besar PERDA, Dato’ Rosman Hashim Pengetua Kolej KEDA, Abdul Rahman Abdul Khaleq, dan pegawai-pegawai dari Bahagian Pelaburan dan Kawal Selia Anak Syarikat KPLB.


 

 

 

 

 

 

 

 

 

porn Porn