Lawatan Timbalan Ketua Pengarah ICU JPM ke Projek Perumahan PERDA Sungai Bakap

Profile14 Mac 2017, Sungai Bakap

Bersempena kehadiran Datuk Nor Rizan Mohd. Thani, Timbalan Ketua Pengarah ICU JPM di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PERDA 2016 di Ibu Pejabat PERDA, pada sebelah petang pengurusan PERDA telah membawa beliau melawat Projek Perumahan PERDA Sungai Bakap Fasa 1.

Projek perumahan mampu milik ini merangkumi pembangunan rumah kos rendah (cluster) 2 tingkat sebanyak 72 unit, rumah teres kos sederhana 2 tingkat sebanyak 112 unit dan sebanyak 5 unit kedai pejabat 2 tingkat.

Projek bernilai RM28 juta ini juga meliputi pembangunan surau, dewan serbaguna, depoh sampah dan 8 unit gerai penjaja. Pembangunan fasa 1 ini dijangka siap pada September 2017.  

Turut bersama dilawatan ini ialah Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, Syed Shaari Syed Abdullah, Pengurus Besar PERDA, Rosman Hashim, Pengarah Bahagian Susun Semula Masyarakat ICU JPM, Salhah Salleh dan pegawai-pegawai kanan PERDA.


 

   

   

  

 

porn Porn