Majlis Anugerah Kecemerlangan Mutiara PDCA 2016 & Pelancaran Mutiara PDCA 2017

Profile03 April 2017, SP Arena Seberang Jaya

Majlis Anugerah Kecemerlangan Mutiara Program Didik Cemerlang Akademik (PDCA) 2016 dan Pelancaran Mutiara PDCA 2017  telah diadakan bagi meraikan pelajar dan sekolah cemerlang bagi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2016 bertempat di Dewan SP Arena, Seberang Jaya.

Program kolaboratif yang melibatkan beberapa agensi iaitu Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang (BPPBPP), Pusat Urus Zakat Pulau Pinang Dan Jabatan Pendidikan Pulau Pinang (JPN) ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), Datuk Zolkopli Dahlan.

Seramai 12 pelajar telah menerima anugerah Program Bumiputera Cemerlang Sains (PBCS) dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UITM) Pulau Pinang telah berjaya mengukir nama di program Bangkok International Intellectual Property, Invention, Innovation and Technology Exposition (IPITEx 2017) dimana telah berjaya membawa pulang lima pingat emas, satu pingat perak, dan satu pingat gangsa serta dua anugerah khas semasa pertandingan itu berlangsung.

PDCA turut menganugerahkan sijil, trofi beserta baucar buku bernilai RM 250.00 kepada pelajar terbaik SPM iaitu Muhammad Izzuddin Syed Hussein dari SMK Bukit Jambul yang memperoleh 9A+.

Sementara itu, majlis ini juga turut disertakan dengan pelancaran Mutiara PDCA 2017 melibatkan penyerahan cek MPDCA 2017 daripada Jawatankuasa Focus Group Pembangunan Modal Insan, Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang Kepada Jabatan Pendidikan Pulau Pinang yang bernilai RM6.8 Juta bagi meneruskan lagi usaha-usaha untuk melonjakkan lagi kecemerlangan dan taraf hidup bumiputera Pulau Pinang.

Berikut adalah senarai enam buah sekolah yang terpilih untuk menerima anugerah khas agensi. Selain itu juga terdapat empat buah sekolah turut menerima anugerah bagi peningkatan prestasi pencapaian tinggi.

Anugerah Khas Agensi : Menerima sijil dan cek bernilai RM 2,000.00 berserta trofi

1.      SK Bertam Perdana                           - BPPBPP ICU JPM

2.      SMK Bukit Jambul                             - BPPBPP ICU JPM

3.      SK Tan Sri Awang Had Salleh           - PERDA

4.      SMK Machang Bubuk                        - PERDA

5.      SK Seberang Jaya 2                          - Pusat Urus Zakat Pulau Pinang

6.      Madrasah Khairiah Islamiah              - Pusat Urus Zakat Pulau Pinang

 

Anugerah peningkatan prestasi pencapaian tertinggi di bawah program PDCA 2016 : Menerima sijil, cek bernilai RM 3,000.00 beserta trofi

Anugerah Citra Kejora Mutiara PDCA 2016

1.      SK Convent Bukit Mertajam

2.      SMK Tinggi Bukit Mertajam

 

Anugerah Citra Emas Mutiara PDCA 2016

1.      SK St Mark Butterworth

 

Anugerah Prestij Gemilang Mutiara PDCA 2016

1.      SK Bukit Gambir


 

   

   

   

  

   

porn Porn