Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PERDA 2016

Profile14 Mac 2017, Ibu Pejabat PERDA

“Warga kerja PERDA diingatkan tidak boleh hilang arah dan fokus.  Jadikan dasar jangka panjang kerajaan di bawah lembayung dasar transformasi negara sebagai panduan. Dengan ini hasrat rakyat Malaysia ingin melihat negara kita yang tercinta ini menjadi sebagai sebuah negara yang bertambah maju menjelang tahun 2020 dan Transformasi Nasional 2050 tercapai nanti,”

Demikian penekanan yang disampaikan oleh Datuk Nor Rizan Mohd. Thani, Timbalan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri ketika menyampaikan ucapan utama di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2016 di ibu pejabat PERDA.

Tambah beliau lagi, warga kerja PERDA harus sentiasa terus berusaha untuk menjadi modal insan yang berkepakaran tinggi dan mempunyai sikap profesionalisma yang cemerlang serta kompeten dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamalkan. Antaranya melalui membudayakan ilmu dengan membaca dan mengikuti latihan yang boleh meningkatkan kompetensi diri selain mengamalkan sikap kebolehpercayaan dan integriti dalam semua aspek. Budaya sebegini akan dapat mewujudkan persekitaran persaingan yang sihat dikalangan warga PERDA dalam menghasilkan perkhidmatan terbaik.

“Kita semua punya tanggungjawab dan amanah yang sangat besar dalam memastikan pembangunan rakyat dan kumpulan sasar kita terjamin. Di samping itu kita juga memegang amanah dalam menguruskan kewangan secara berhemah selaras dengan saranan kerajaan bagi mengoptimumkan perbelanjaan.”

Beliau juga menekankan amanat Perdana Menteri yang mahukan penjawat awam menjadikan fokus tugas mereka untuk menumpukan sepenuhnya terhadap sistem penyampaian kepada rakyat. Memastikan khidmat penyampaian kepada rakyat dibuat mengikut jadual dan sekiranya berlaku kelewatan atau kekangan ianya hendaklah diselesaikan dengan segera.

Di majlis ini seramai 21 orang warga kerja PERDA menerima APC manakala 29 orang lagi menerima sijil penghargaan. Anugerah ini merupakan pengiktirafan kepada warga kerja yang telah memberikan prestasi kerja yang cemerlang sepanjang tahun lalu. Turut bersama di majlis ini ialah Cik Salhah Salleh, Pengarah Bahagian Susun Semula Masyarakat, ICU JPM.


 

  

  

  

porn Porn