Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PERDA 2019

Profile

01 Julai 2019/27 Syawwal 1440, Kubang Menerung, Kepala Batas

Kehadiran Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Abbas bersama Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato’ Seri Utama Hajah Majimor Shariff telah memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri PERDA.  

Majlis yang diadakan di Dewan Dahlia, Midtown Kubang Menerung, Kepala Batas ini  telah dihadiri oleh seramai hampir 500 jemputan dari jabatan dan agensi kerajaan negeri dan persekutuan. Juga jemputan dari pihak yang berkepentingan dengan PERDA seperti pihak pemaju/kontraktor, pembekal, arkitek, perunding, peguam panel, usahawan dan lain-lain.

Timbalan Pengerusi PERDA Khalid Mehtab Mohd Ishaq (Adun Bertam) dan isteri bersama barisan pengurusan PERDA yang diketuai Rosman Hashim, Pengurus Besar telah meluangkan masa untuk melayani semua tetamu jemputan yang hadir.

Berbagai-bagai juadah disediakan di majlis ini antaranya nasi beriani kambing, kuetiau goreng basah, sate, ketupat, lemang, rendang dan kuih raya.

Penganjuran majlis seperti ini oleh PERDA bukan sekadar untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri di bulan Syawwal semata-mata, tetapi bertujuan membina dan mengukuhkan hubungan antara warga kerja PERDA dan juga pihak jabatan luar serta yang berkepentingan dengan PERDA.


 

  

  

  

  

  

  

porn Porn