Profil PERDA

PENUBUHAN PERDA

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah ditubuhkan pada 1 Jun 1983 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, 1983 (Akta 282).  PERDA telah mula beroperasi pada 1984 dan diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah.  Pada 15 Ogos 2005, PERDA telah diletakkan di bawah kawal selia pentadbiran Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dalam proses untuk diletakkan kembali di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). Sebelum ini, hampir 13 tahun PERDA telah dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri di bawah kawal selia Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU). (Tertakluk Kepada Pindaan)

 

VISI

Agensi pembangunan wilayah yang dinamik dalam menerajui pelaksanaan pembangunan Wilayah Pulau Pinang

 

MISI

Agensi yang menggerak pembangunan masyarakat setempat menerusi pelaksanaan dan pengurusan program/projek sosioekonomi yang berkesan melalui tadbir urus yang baik Wilayah Pulau Pinang

 

OBJEKTIF

  • Memajukan masyarakat khususnya kumpulan sasar PERDA dalam semua bidang sosioekonomi melalui usaha-usaha pembangunan manusia, ekonomi dan fizikal dengan tumpuan kepada peningkatan taraf hidup
  • Membangunkan kawasan PERDA menerusi pembangunan industri, perumahan serta kemudahan infrastruktur dan
  • Mengimbangi pembangunan di dalam kawasan operasi PERDA dengan kawasan di luar operasi PERDA

 

FUNGSI

  • Memaju, menggalak, membantu dan mengusaha pembangunan ekonomi dan sosial dalam kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang
  • Memaju, menggalak, membantu dan mengusaha pembangunan tempat tinggal, pertanian, perindustrian dan perdagangan dalam kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang
  • Mengawal dan menyelaras pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang tersebut di atas di dalam Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang
porn Porn