Ekonomi

Melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang berilmu, inovatif dan berdaya saing seiring dengan arus perdana pembangunan negara.

 

Objektif 

  • Melahir dan membimbing penyertaan usahawan EKS Bumiputera yang berkebolehan, berkualiti dan berdikari sekurang-kurangnya 50 orang setahun
  • Membimbing dan meningkatkan taraf usahawan kecil bumiputera ke tahap sederhana dalam sektor perdagangan, perkhidmatan dan perindustrian sekurang-kurangnya 5 orang setahun
  • Menyediakan prasarana sokongan pembiayaan dan modal mencukupi bagi membantu sekurang-kurangnya 30 usahawan setahun
  • Menyediakan program sokongan usahawan seperti latihan, penyediaan pusat maklumat, promosi dan sebagainya bagi membantu sekurang-kurangnya 300 usahawan bumiputera setahun

 

Skop

Program Pembangunan Usahawan merangkumi aktiviti pembentukan dan pembudayaan keusahawanan melalui kursus dan latihan, penyediaan prasarana dan sokongan dana, aktiviti promosi dan pemasaran serta pewujudan pusat rujukan/pangkalan data usahawan.

 

Portal AgriBazaar

Projek AgriBazaar merupakan satu portal penawaran hasil pertanian secara online yang telah dibangunkan di antara dua agensi kerajaan, iaitu Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (MIMOS) dan Jabatan Pertanian Malaysia. Ianya adalah salah satu usaha untuk mempertingkatkan dan juga untuk mengembangkan hasil pertanian.

Portal AgriBazaar adalah portal e-pemasaran yang diwujudkan bagi tujuan mempromosi perdagangan di antara pengeluar dan pembeli produk pertanian. Ianya boleh dilayari di http://agribazaar.moa.gov.my/

 

Objektif Utama AgriBazaar
  • Menyediakan satu gerbang perdagangan secara kos efektif dalam mengendalikan hasil dan produk pertanian melalui proses penawaran jual/ beli secara atas talian (online)
  • Membolehkan pengusaha berhubung terus dengan ramai pembeli dan seterusnya harga terbaik
  • Membolehkan komuniti tani luar bandar mmenggunakan teknologi untuk tujuan pemasaran dan seterusnya merapatkan jurang pengetahuan digital di antara komuniti tani di bandar dan luar bandar
  • Menjadikan sektor pertanian lebih berdaya saing iaitu kuantiti, kualiti dan harga yang sentiasa memenuhi kehendak pasaran tempatan dan antarabangsa
porn Porn