Pembangunan Usahawan

Program Pemasaran Produk Usahawan

Selaras dengan fungsi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) sebagai sebuah agensi yang menggerak pembangunan masyarakat setempat, PERDA telah melaksanakan pelbagai projek-projek mahupun program-program pembangunan ekonomi yang bertujuan untuk memajukan kumpulan sasar PERDA dalam semua bidang sosio-ekonomi.

Antara inisiatif yang diambil oleh Bahagian Pembangunan Ekonomi, di bawah Unit Pembangunan Usahawan ialah dengan menganjurkan Ekspo Usahawan Bumiputera Pulau Pinang (Penang Bumiputera Entreprenuer Expo - PenBEX) pada tahun 2011 dengan melebihi 250 penyertaan yang bukan sahaja memberi peluang kepada para usahawan mempromosikan produk, malahan memberi peluang kepada jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan bergabung tenaga dalam memperkasakan sistem penyampaian melalui program berkenaan.

Selain itu, PERDA juga terlibat dalam membantu para usahawan Bumiputera Pulau Pinang mempromosi produk melalui program-program promosi yang berjalan sepanjang tahun sebagai salah satu bentuk sokongan dan dokongan PERDA bagi memastikan usahawan-usahawan bimbingan PERDA dapat bersaing dalam situasi ekonomi yang mencabar.

Antara program-program promosi yang dianjurkan adalah seperti berikut :-

  1. Malaysia International Halal Showcase (MIHAS 2011)
  2. International Cocoa & Consumer Show
  3. Indonesia Malaysia Thailand - Growth Triangle
  4. Halal Fest (HALFEST 2011)
  5. China Asean Expo 2011 (CAEXPO 2011)
  6. Ekspo Beli Barangan Buatan Malaysia
  7. Promosi Aidiladha

Program promosi ini memberi fokus kepada penglibatan secara menyeluruh usahawan-usahawan bimbingan PERDA dalam memperkenalkan produk-produk keluaran syarikat masing-masing kepada orang ramai.

 


Program Kursus / Latihan Keusahawanan

Selain daripada memberi fokus kepada pemasaran produk, PERDA juga berpendapat bahawa adalah penting untuk membekalkan usahawan dengan kemahiran-kemahiran tertentu terutamanya yang mempunyai hubungkait dengan perniagaan. Ini bertujuan untuk meningkatkan bilangan usahawan-usahawan yang berkemahiran tinggi sekaligus membantu memberi kesan positif kepada modal insan usahawan.

Antara kursus-kursus dan latihan-latihan yang telah dilaksanakan oleh PERDA sepanjang tahun 2011 adalah seperti berikut : -

  1. Kursus Kemahiran Berkomunikasi
  2. Kursus Membina Kerjasama Berpasukan
  3. Kursus Asas Keusahawanan
  4. Kursus Pembangunan Imej & Ketrampilan Diri
  5. Kursus Asas Perakaunan & Kewangan
  6. Kursus Teknologi Rekabentuk Pembungkusan
  7. Kursus Amalan Persekitaran Berkualiti (5'S)

Dengan terlaksananya kursus-kursus tersebut, adalah diharapkan agar ia dapat membantu dalam memastikan setiap usahawan bimbingan PERDA mempunyai kemahiran dalam bidang perniagaan seterusnya melengkapkan usahawan tersebut dengan ilmu dan kemahiran yang sepatutnya.

Melalui cara ini, adalah diharapkan, usahawan-usahawan bimbingan PERDA bukan sahaja bertujuan meningkatkan hasil jualan produk secara jualan terus, tetapi lebih menekankan kepada kejayaan para usahawan bimbingan untuk menambah rantaian perniagaan / ejen-ejen sekaligus dapat meluaskan segmen pemasaran produk.

Dalam erti kata lain, misi PERDA untuk membantu meningkatkan taraf sosio-ekonomi golongan sasar adalah diharapkan mencapai sasaran yang membanggakan melalui program-program yang telah dan akan dilaksanakan nanti.

 


Program Pelancongan Desa

Sebagai salah sebuah agensi kerajaan yang diberi tanggungjawab untuk sama-sama memberikan sokongan terhadap pembangunan pelancongan desa, khususnya pembangunan Homestay Pulau Pinang, beberapa program telah dilaksanakan sepanjang tahun 2011 untuk memastikan kesinambungan program homestay khususnya, mendapat sambutan menggalakkan samada daripada pengunjung dalam dan luar negara.

Antara pelaksanaan program pembangunan homestay yang telah dijalankan pada tahun 2011 yang lalu, ialah dengan perlaksanaan program Karnival Homestay Pulau Pinang yang berlangsung di Homestay Sungai Duri pada 01 hingga 03 April 2011. Karnival ini yang diadakan bersekali dengan program yang dinamakan "Le Tour De Kampung", mengumpulkan ratusan peserta lumba basikal yang menjelajah beberapa perkampungan homestay di sekitar Daerah Seberang Perai Selatan yang secara tidak langsung mempromosi homestay tersebut kepada orang ramai.

Selain itu, PERDA juga mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) bagi tujuan bertukar-tukar maklumat dan kemahiran di antara 2 agensi. Program yang dijalankan pada bulan November 2011 tersebut berjaya mendapat sambutan di kalangan para pengusaha homestay dari kedua-dua buah negeri iaitu Pulau Pinang dan Terengganu.

Dengan termeterainya perjanjian persefahaman tersebut, adalah diharapkan bahawa tanggungjawab PERDA bagi memastikan kesinambungan program Homestay Pulau Pinang akan terus terpelihara dan terjaga, demi untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat khususnya di kawasan luar bandar Pulau Pinang.

 

Untuk makluman, pecahan kawasan-kawasan homestay yang terdapat di Negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut :-   

DAERAH

HOMESTAY

BARAT DAYA

1)     Homestay Pulau Betong

2)     Homestay Jalan Bharu

3)     Homestay Telok Bahang

SEBERANG PERAI TENGAH

1)     Homestay Mengkuang Titi

SEBERANG PERAI UTARA 1)     Homestay Kota Aur

SEBERANG PERAI SELATAN

1)     Homestay Sungai Semilang

2)     Homestay Sungai Setar

3)     Homestay Sungai Chena’am

4)     Homestay Sungai Duri

5)     Homestay Pulau Aman

 

Berkenaan dengan program mempromosikan homestay-homestay di Pulau Pinang, PERDA telah mengambil inisiatif untuk membawa produk homestay ini di program-program promosi pelancongan di dalam dan luar negara. Di samping itu, PERDA juga membantu usaha mempromosikan homestay-homestay Pulau Pinang dengan cara promosi melalui brochures, hebahan di dalam suratkhabar dan juga menyalurkan maklumat trip bagi para pengunjung yang berminat untuk menginap di mana-mana homestay di Pulau Pinang.

 

porn Porn