Pendidikan

Program pembangunan pendidikan yang meningkatkan kecemerlangan pelajar luar bandar melalui program dan aktiviti yang memberi nilai tambah yang tinggi dalam akademik.  

 

Skop

Program ini disasarkan kepada pelajar-pelajar luar bandar yang berada di tahun peperiksaan utama iaitu UPSR, PMR dan SPM. Program pendidikan ini telah dilaksanakan dengan pakatan strategik empat agensi iaitu PERDA, Jabatan Pelajaran Negeri, Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang (ICUJPM) dan Pusat Urus Zakat Pulau Pinang.

Dengan ini, program ini telah dinamakan Program Didik Cemerlang Akademik (PDCA) dan telah dijenamakan semula pada 29 Januari 2011 dengan nama Mutiara PDCA (Program Didik Cemerlang Akademik).

Melalui program ini, satu Portal Pembelajaran Sistematik dan Menyeluruh Secara Online Peringkat Rendah dan Menengah (Portal e-Didik PERDA) telah dibangunkan dan boleh dilayari melalui http://edidik.perda.gov.my

 

porn Porn