Malam Sanjungan Budi Meraikan Mantan Ahli Lembaga Pengarah PERDA

Profile08 Mei 2017, Orchid Terrace, Equestrian Park Putrajaya

Bagi menghargai budi dan jasa tiga orang mantan Ahli Lembaga Pengarah PERDA, satu majlis makan malam yang diberi nama “Malam Sanjungan Budi” telah diadakan di Orchid Terrace, Equestrian Park Putrajaya.

Majlis keraian ini diadakan berikutan beberapa Ahli Lembaga Pengarah PERDA melepaskan jawatan disebabkan oleh kenaikan pangkat di tempat lain. Seperti Datuk Haji Noor Rizan Mohd Thani, bekas Timbalan Ketua Pengarah ICU telah berpindah  ke jawatan Setiausaha Persekutuan Sabah. Beliau berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah PERDA dari 25 Ogos 2014 sehingga 15 Jun 2017.

Manakala Encik Nor Azri Zulfakar pula telah dilantik sebagai Pegawai Kemajuan Negeri Johor, sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Seksyen Pembangunan Modal Insan di Unit Perancangan Ekonomi (EPU) JPM. Beliau berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah PERDA bermula 25 Ogos 2014 sehingga 5 Disember 2016.

Bekas Ahli Lembaga Pengarah PERDA yang ketiga iaitu Dato’ Haji Jaafar Mahad telah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah PERDA sejak 16 Jun 2015 sehingga 31 Disember 2016; meninggalkan Kementerian Kewangan kerana beliau telah ditempatkan di Petronas sebagai Ketua Pegawai Integriti.

Majlis yang diadakan secara sederhana ini turut dihadiri oleh Datuk Haji Shabudin Yahaya, Pengerusi PERDA bersama Ahli-ahli Lembaga Pengarah  PERDA yang lain serta pegawai-pegawai kanan dari PERDA dan ICU JPM, Putrajaya.


   

   

   

   

   

porn Porn