MoU Antara PERDA dan UMK

ProfileMembuka Laluan untuk Pelajar PERDA-TECH ke Peringkat Ijazah

30 April 2019, Sungai Bachok, Kelantan Darul Naim

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Univesiti Malaysia Kelantan (UMK) pada 30 April 2019 yang lalu, bertempat di Bilik Mesyuarat Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, UMK Bachok, Kelantan.

MoUini memfokuskan kerjasama khususnya kepada Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) dalam Program Diploma Produksi Kreatif (Filem dan Animasi). Tuan Haji Rosman bin Hashim, Pengurus Besar PERDA telah menandatangani memorandum persefahaman tersebut bagi pihak PERDA. Manakala Prof. Tan Sri Dr. Noor Azizi Ismail, Naib Canselor UMK mewakili pihak UMK.

“Kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana setelah sekian lama kita berjumpa dan berbincang, akhirnya hari ini usaha itu menjadi kenyataan dengan termeterainya perjanjian ini,” ujar Pengurus Besar PERDA, Rosman dalam ucapan beliau.

Beliau berkata lagi bahawa kerjasama ini penting bagi melahirkan graduan yang berkualiti dan mengikuti kehendak pasaran pekerjaan pada masa sekarang dan mendatang.

“Dengan adanya kerjasama ini, pihak PERDA berharap pelajar-pelajar PERDA-TECH mendapat peluang dan laluan yang mudah untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang yang berkaitan,” ujar  beliau lagi.

Melalui kerjasama ini juga, UMK akan bertindak sebagai penasihat akademik dalam pembangunan program bagi bidang pengajian diploma dan sijil di PERDA-TECH.


 

  

  

porn Porn