Pelancaran PERDA4U

ProfileMendekati Masyarakat Terpinggir

03 Mei 2019, Butterworth

Beberapa bahagian atau perkara yang bakal dilaksanakan di bawah Program PERDA4U ialah penyediaan keperluan harian/ food bank, pusat pengumpulan barangan dan keperluan asas, dan usahawan mentor mentee. Demikian dimaklumkan oleh Mohamed Haniff Khatri Abdulla, Pengerusi PERDA ketika menyampaikan ucapan pelancaran program tersebut di ibu pejabat PERDA Butterworth.

Majlis ini menjadi platform kepada PERDA untuk memperkenalkan barisan syarikat dan institusi penaja yang bersama PERDA untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah dan memerlukan bantuan di negeri ini.

Syarikat atau institiusi yang terlibat membimbing golongan berpendapatan rendah melalui pendekatan mentor mentee ialah Zakat Pulau Pinang, Sutra Mentari Enterprise, Lakar Sari Resources, dan Popular Cobblers.

Hotel The Light Seberang Jaya dan Hotel Royale Chulan Penang pula bertindak sebagai pembekal makanan di bawah Program Food Bank PERDA4U.

Manakala beberapa syarikat seperti Azliz Enterprise, Easy Colour Paint, dan DMB Sdn. Bhd. menjadi syarikat penyumbang kepada barangan keperluan asas harian yang akan ditempatkan di masjid yang bergabung dengan program ini iaitu Masjid Jamek Kubang Buaya, SPU, Masjid Jamek Penaga, SPU, dan Masjid Jamek Jawi SPS.

Selain itu, Pusat Komunit Desa (PKD) Sungai Chenaam,  SPS dan Kampung Selamat Kepala Batas, SPU menjadi pusat latihan dan bimbingan kepada golongan ibu tunggal, dan belia miskin.

Pada bulan Ramadan ini, sebanyak dua kali sukarelawan PERDA4U akan mengagihkan makanan dari Food Bank PERDA4U kepada golongan gelandangan di Masjid Kapitan Keling dan kawasan sekitar hentian bas lama KOMTAR pada 18 dan 25 Mei akan datang.

Pengagihan makanan bagi tujuan sahur ini akan diketuai oleh Mohamed Haniff bersama pengurusan Hotel The Light dan Hotel Royale Chulan. 


 

  

  

  

  

  

  

  

  

porn Porn