Pembangunan Kerjaya

Perlukah penilaian prestasi disediakan untuk seorang PYD yang enggan melengkapkan dan menandatangani borang penilaian prestasi mereka?

Penilaian prestasi untuk PYD seperti ini perlu juga disediakan, namun tindakan yang sesuai boleh diambil ke atas pegawai kerana keengganan mereka itu boleh dianggap satu perbuatan ingkar perintah.

 

Sekiranya saya pernah menduduki kursus induksi dalam jawatan lama, adakah saya boleh dikecualikan dari menghadiri kursus induksi dalam jawatan baru?

Anda boleh dikecualikan dari menghadiri semula kursus induksi dengan syarat kursus induksi yang telah anda hadiri tergolong dalam kumpulan yang sama dengan perkhidmatan yang anda sandang sekarang. 

        

Bagaimanakah kedudukan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) di bawah SSM?

        a) Kaedah pemberian APC tidak dikaitkan lagi dengan keputusan pergerakan gaji

       b) Had siling pemberian APC ialah tidak melebihi dari 8% jumlah anggota dalam sesebuah organisasi pada 31 Disember tahun penilaian

        c) Insentif dan hadiah APC     

               - Hadiah prestasi RM1,000   

               - Sijil Perkhidmatan Cemerlang

        d) Pemilihan anggota untuk APC diputuskan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM)

 

Adakah PTK diambilkira untuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)?

APC tidak dikaitkan dengan PTK tetapi berasaskan prestasi dan sumbangan anggota kepada organisasi. Ini bermakna anggota yang tidak lulus PTK masih berpeluang dipertimbangkan untuk APC.

 

Bagaimanakah caranya Penilaian Prestasi dapat dilaksanakan secara lebih objektif, adil dan telus?

a) Untuk menentukan penilaian prestasi Anggota Yang Dinilai (PYD) dibuat dengan objektif, adil dan telus, proses penilaian hendaklah dibuat secara berterusan sepanjang tempoh tahun yang dinilai. Anggota Penilai boleh melaksanakan melalui kaedah pemantauan kerja, bimbingan dan khidmat nasihat kepada PYD. Melalui cara ini Anggota Penilai dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan PYD bagi tujuan penambahbaikan prestasi anggota berkenaan.

 

b) Penilaian prestasi hendaklah dinilai berasaskan pencapaian hasil kerja sebenar PYD berbanding dengan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) melalui kriteria penilaian yang ditetapkan dalam borang LNPT.

 

c) Untuk menentukan ketelusan penilaian, Anggota Penilai hendaklah memaklumkan kekuatan dan kelemahan PYD semasa membuat penilaian.

 

Bolehkah Anggota Penilai Kedua (PPK) meminda markah penilaian PYD yang telah dibuat oleh Anggota Penilai Pertama (PPP)?

Tidak boleh. PPK hanya boleh membuat penilaiannya sendiri dan mengisi di ruangan PPK yang telah ditetapkan. Hanya PPSM sahaja yang boleh mengubah atau menyelaras markah penilaian prestasi PYD.

 

Adakah akan timbul sentimen ‘pilih kasih’ dalam membuat penilaian prestasi?

Masalah pilih kasih tidak sewajarnya berbangkit. Ini kerana dalam panduan SPP dan borang LNPT telah menetapkan penilaian prestasi PYD hendaklah berasaskan kepada pencapaian hasil kerja sebenar SKT dan kriteria penilaian yang telah ditetapkan. Sewajarnya pelaksanaan LNPT perlulah selaras dengan kriteria yang telah ditetapkan.

 

porn Porn