Pembangunan Kesejahteraan Rakyat

Apakah jenis bantuan yang boleh saya pohon daripada PERDA?

Berbagai jenis bantuan disediakan di dalam bentuk mesin dan peralatan untuk perniagaan jajaan, minuman, jahitan, nelayan, pertukangan dan lain-lain lagi mengikut kebolehan dan kemahiran tuan/puan.

Adakah saya boleh memohon terus bantuan ini kepada PERDA?

Tidak, tuan/puan tidak boleh memohon kepada PERDA. Bantuan-bantuan ini hanya diberikan kepada mereka yang berada dalam senarai e-Kasih sahaja.

Berapakah kadar setiap bantuan yang diberikan oleh PERDA?

Bantuan tersebut adalah antara RM 3,000 hingga RM 5,000.

Adakah saya boleh mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan oleh PERDA?

Sekiranya tuan/puan didaftarkan didalam senarai e-Kasih, tuan/puan layak untuk mengikuti sebarang kursus yang dianjurkan. Pendaftaran e-Kasih boleh dibuat melalui PERDA dan semua agensi persekutuan yang terlibat di bawah Program Pembasmian Kemiskinan.

porn Porn