Pembangunan Pendidikan

Adakah Mutiara PDCA (Program Didik Cemerlang Akademik) melibatkan semua sekolah?

Tidak, hanya sekolah-sekolah terpilih di Pulau Pinang sahaja yang berada dalam Mutiara PDCA.

 

Siapakah yang layak mengikuti Mutiara PDCA?

Hanya pelajar-pelajar peperiksaan utama UPSR, PMR dan SPM di sekolah-sekolah terpilih Mutiara PDCA sahaja yang layak mengikuti Mutiara PDCA.

 

Adakah agensi lain yang terlibat dalam menjayakan Mutiara PDCA?

Ya. Selain daripada PERDA, ada tiga agensi yang terlibat secara langsung dalam Mutiara PDCA iaitu Pusat Urus Zakat Pulau Pinang, Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera (BPPB) Pulau Pinang dan Jabatan Pelajaran Pulau Pinang.

 

Kenapa perlu ada 3 agensi lain terlibat dalam Mutiara PDCA?

Tiga (3) agensi lain perlu terlibat dalam Mutiara PDCA adalah dengan satu tujuan untuk meluaskan skop PDCA agar semua sekolah kebangsaan mendapat manfaat dan memastikan kejayaan Pulau Pinang dalam peperiksaan utama UPSR, PMR dan SPM adalah meningkat setiap tahun.

 

Bilakah Mutiara PDCA bermula?

Mutiara PDCA telah mula dilaksanakan sejak tahun 2006 dengan nama Program Didik Cemerlang Akademik (PDCA) sahaja dan kemudian dijenamakan semula dengan nama Mutiara PDCA pada 29 Januari 2011.

 

Apakah matlamat Mutiara PDCA?

Matlamat Mutiara PDCA adalah meningkatkan prestasi akademik (kualiti dan kuantiti) di kalangan pelajar peperiksaan UPSR, PMR dan SPM di negeri Pulau Pinang.

 

Adakah sekolah kami boleh memohon bantuan kewangan daripada PERDA?

PERDA tidak boleh memberi bantuan kewangan samada dalam bentuk wang ringgit, kemudahan komputer atau lain-lain kerana peruntukan tahunan pendidikan telah disalurkan kepada aktiviti-aktiviti Mutiara PDCA.

 

porn Porn