Pembangunan Usahawan

Apakah bentuk bantuan yang dapat dihulurkan PERDA kepada usahawan-usahawan bumiputera Pulau Pinang?

Terdapat beberapa usaha PERDA bagi membantu para usahawan bumiputera Pulau Pinang mampu berdaya saing dalam perniagaan. Ini bagi memastikan usahawan-usahawan dapat bersaing dalam dunia perniagaan yang semakin mencabar dewasa ini. Antara bantuan-bantuan yang dapat dipertimbangkan untuk diberi kepada para usahawan adalah seperti berikut:-

a) Bantuan pembungkusan kepada para usahawan yang layak

b) Kursus-kursus keusahawanan

c) Program-program promosi / pemasaran produk anjuran PERDA

d) Khidmat nasihat

 

Bagaimanakah cara untuk mendaftar sebagai usahawan PERDA?

Para usahawan yang ingin mendaftar untuk menjadi usahawan PERDA mestilah mengikuti sekurang-kurangnya satu program kursus yang dianjurkan oleh PERDA. Untuk makluman, siri-siri kursus keusahawanan boleh diikuti sepanjang tahun. Borang boleh dihantarkan melalui pos atau email.

 

Apakah kelayakan yang diperlukan untuk memohon bantuan packaging (pembungkusan & pelabelan)?

Bagi usahawan-usahawan yang telah mengikuti program-program/kursus-kursus keusahawanan anjuran PERDA dan telah mendaftar menjadi usahawan PERDA, usahawan-usahawan terbabit adalah berkelayakan untuk dipertimbangkan permohonan bagi mendapat bantuan pembungkusan dan pelabelan. Walaubagaimanapun, selain akan dinilai oleh jawatankuasa yang terbabit, kelayakan ini tertakluk kepada beberapa perkara di bawah:-

  • Mengeluarkan produk sendiri
  • Mendaftar syarikat
  • Bekerja sepenuh masa
  • Beroperasi di Pulau Pinang

Untuk makluman, PERDA bekerjasama dengan pihak SIRIM dan MARDI untuk program pembungkusan bagi memastikan kualiti dan produk serta pembungkusan itu sendiri.

 

Adakah usahawan-usahawan yang menjalankan operasi di luar Pulau Pinang dapat mendaftar sebagai usahawan PERDA sekaligus mengikuti program-program pembangunan usahawan PERDA?

Buat masa sekarang, PERDA hanya dapat membantu para usahawan yang menjalankan operasi di dalam kawasan negeri Pulau Pinang sahaja.

 

porn Porn