Pengerusi PERDA Lancar Pelepasan Produk Usahawan Ke Luar Negara

Profile17 Januari 2019, SPU

Pengerusi PERDA yang baru, Mohamed Haniff Khatri Abdulla telah mengadakan lawatan kerja beliau yang pertama ke dua kilang milik usahawan kelas menengah bimbingan PERDA yang berorientasikan pengeluaran produk makanan dan minuman untuk pasaran eksport.

Syarikat Haliza Industries Sdn. Bhd. yang mengeluarkan makanan ringan dengan jenama Witties, Bingo Bite, dan Funtozzz telah berjaya menembusi pasaran di Kemboja. Ini merupakan hasil yang diperolehi oleh syarikat ini apabila menyertai program promosi Camfood and Camhotel Ekspo 2018 melalui tajaan PERDA.

Syarikat yang memiliki kilang pengeluaran di Imperial Industrial Park Permatang Tinggi ini turut menerima bantuan dan pembiayaan daripada PERDA iaitu Skim Modal Pusingan Perniagaan Usahawan berjumlah RM200,000.00 dan geran pengiklanan di bawah Skim Sokongan Pembangunan Usahawan Pertengahan yang berjumlah RM15,000.00.

Manakala Syarikat Bertambest Sdn. Bhd. yang menumpukan kepada pengeluaran produk minuman kopi putih, menerima tempahan bernilai RM100,000.00 seminggu untuk pasaran di Singapura.

Syarikat yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Ringan Juru ini baru bernaung di bawah bimbingan PERDA. Syarikat ini telah mengikuti program promosi PERDA di Kemboja dan juga telah memohon untuk mendapatkan bantuan Geran Pengiklanan daripada PERDA. 

Dalam lawatan ini juga, Mohamed Haniff telah diberi penghormatan untuk membuat pelepasan (flag off) lori kontena kedua-dua syarikat tersebut.


 

     

     

     

porn Porn