Pengerusi PERDA Melawat Hotel PERDA dan Pangsapuri Kos Rendah Di Teluk Bahang

Profile31 Januari 2019, Balik Pulau DBD

Mohamed Haniff Khatri Abdullah, Pengerusi PERDA telah melawat Program Pembangunan  Hotel PERDA dan pangsapuri kos rendah yang dibangunkan oleh PERDA baru-baru ini, untuk melihat perkembangan kemajuan projek di tapak.

Di dalam lawatan ini beliau telah diberikan taklimat oleh Yeoh Kok Wah, wakil pemaju dari Syarikat Gayarena Sdn. Bhd.

Hotel PERDA dan satu blok pangsapuri kos rendah merupakan dua bahagian daripada komponen Program Pembangunan Fizikal Bercampur Teluk Bahang yang sedang di dalam pembangunan.

Hotel PERDA yang bertaraf empat bintang ini masih di dalam pembinaan  dan dijadualkan siap pada penghujung bulan Mei ini. Ia dijangka bakal dilancarkan secara rasmi pada bulan Ogos atau September tahun ini.

Hotel ini menyediakan sebanyak 160 buah bilik, 5 unit kedai, bilik mesyuarat dan seminar, dewan bankuet, gymnasium, restoran dan kolam renang.

Manakala program perumahan pangsapuri yang hampir siap ini, memulakan pembinaannya pada Julai 2014, menyediakan sebanyak 100 unit kediaman apartment kos rendah yang dijual pada harga RM 42,000.00 setiap satu.

Turut bersama mengiringi lawatan kerja ini ialah Pengurus Besar PERDA, Rosman Hashim dan pegawai-pegawai PERDA.


 

     

     

  

porn Porn