Penyertaan Kontinjen PERDA di Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 1441 Hijrah

Profile

09 November 2019, Simpang Ampat SPS

Bersama dengan 51 kontinjen yang lain, kontinjen PERDA dengan kekuatan sebanyak 53 orang warga kerja telah turut bersama menjayakan majlis pergerakan kontinjen sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulai Pinang yang diadakan di Simpang Ampat Tasek, Seberang Perai Selatan pada 9 November yang lalu.

"Negara Rahmah, Ummah Sejahtera" merupakan tema Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 2019 Masihi bersamaan 1441 Hijrah bagi Peringkat Negeri Pulau Pinang. yang juga telah disertai oleh kira - kira 1,000 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai agensi, jabatan - jabatan kerajaan, badan-badan berkanun, pertubuhan bukan kerajaan(NGO) dan kariah masjid.

Bermula dari awal pagi, semua peserta dan kontinjen telah berkumpul di Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Impian, Simpang Ampat. Pelepasan rasmi kontinjen telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Dato’ Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.

Semua kontinjen berarak sejauh 1.7 km menuju ke Masjid Jamek al-Ihsaniah Simpang Ampat. Sepanjang perarakan semua ahli kontinjen berselawat beramai-ramai  sehingga ke masjid.

Ia turut disertai oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Abbas serta Timbalan Ketua Menteri I, Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Dato' Haji Abdul Malik Abul Kassim. Pengurus Besar PERDA, Dato’ Rosman Hashim turut bersama di program ini.

Di masjid tersebut diadakan ceramah agama dan penyampaian anugerah khas Mulidur Rasul kepada tokoh-tokoh terpilih dan penyampaian hadiah kepada kontinjen terbaik.


  

  

  

  

porn Porn