PERDA : Antara Misi & Visi!!

Profile28 Januari 2019

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :

1. Sememangnya tanggungjawab dan amanah yang digalas di PERDA memerlukan saya berulang alik ke Pulau Pinang setiap minggu di peringkat awal ini, dan membahagikan masa kerja saya selama 3 hari di sana, dan baki hari di firma guaman saya di Kota Damansara, dengan harapan ianya dapat menyumbang ke arah kebaikan organisasi dan kesemua warga PERDA, secara khususnya.

2.  Pada hari Jumaat yang lepas, 25.01.2019, kesemua pegawai dan kakitangan PERDA telah menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan, yang juga merupakan Perhimpunan Bulanan yang pertama untuk tahun 2019, yang telah didahului dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Pulau Pinang (yang secara sepontan telah melahirkan nostalgia pada diri saya kerana kali terakhir saya berpeluang menyanyikan lagu Negeri Pulau Pinang adalah hampir 40 tahun lalu semasa saya berada di bangku Sekolah Rendah),  dan kemudiannya diikuti dengan lafaz Ikrar Taat dan Simpan Rahsia menurut peruntukan Akta Rahsia Rasmi, yang terpakai kepada kesemua masyarakat kerja badan berkanun termasuk PERDA.

3. Untuk julung kalinya juga, saya telah berkesempatan untuk menyampaikan UCAPTAMA PENGERUSI kepada kesemua warga kerja PERDA, dan saya telah mengambil kesempatan itu untuk menggariskan antara LIMA (5) MISI dan VISI awalan PERDA, yang akan ditekankan dan cuba direalisasikan dalam tempoh TIGA (3) BULAN awal perkhidmatan saya bersama kesemua warga kerja PERDA (ianya juga antara lain telah dipetik oleh pihak media yang hadir di Majlis itu), yang mana secara ringkas adalah seperti berikut :

I. Kesemua salahlaku dalam tadbir urus yang menyebabkan kerugian hartanah mahupun dana PERDA oleh mana-mana pihak yang terbabit akan diambil tindakan perundangan yang ketat dan tegas, supaya kesemua ataupun sebahagian besar daripada hartanah dan dana PERDA dapat diperolehi semula untuk menjaga kepentingan  hak kesemua warga sebenar PERDA,

II. Istilah "PROJEK" yang seringkali dikaitkan dengan unsur negatif SUAPAN dan RASUAH, tidak akan digunapakai secara rasmi dalam kesemua urusan PERDA, dan pengkhususan kepada penggunaan rasmi istilah "PROGRAM" dan "AKTIVITI", berhubung kesemua kegiatan, tanggungjawab dan tugasan statutori PERDA akan dilakukan, supaya salahlaku dan persepsi negatif SUAPAN dan RASUAH, bukan sahaja dapat dihindarkan dari segi perbuatan zahir, tetapi juga dari sudut fikiran dan mental kesemua pihak yang berurusan dengan PERDA,

III. Selain daripada meneruskan dengan kesemua PROGRAM dan AKTIVITI sedia ada untuk masyarakat, PERDA telah mengenal pasti DUA (2) program BARU untuk dilancarkan dalam tempoh TIGA (3) BULAN awalan ini, yang melibatkan bidang akua-tourisma di sebelah Pulau, dan bidang agro-tourisma di sebelah Seberang, untuk menggiatkan ekonomi masyarakat luar bandar PERDA, di mana maklumat lanjut akan diumumkan dalam tempoh pertengahan bulan Februari 2019, selepas kajian pakar dan feasibiliti, serta isu perihal hakmilik tanah berkaitan dapat diselesaikan.

IV. Selari dengan tanggungjawab dan amanah PERDA di bawah peruntukan AKTA PERDA 1983, yang mempertanggungjawabkan PERDA untuk mengkhususkan kegiatan dalam menaik taraf kedudukan sosio-ekonomi KESEMUA WARGA LUAR BANDAR di bawah seliaan PERDA, dan mengambilkira bahawa menurut perangkaan sedia ada yang menunjukkan adanya lebih 12% warga LUAR BANDAR di bawah seliaan PERDA yang tergolong dalam kategori MISKIN dan MISKIN TEGAR adalah terdiri daripada rakyat Malaysia yang bukan Melayu-Bumiputra, maka PERDA akan menggalas tanggungjawab untuk meluaskan 10% daripada skop PROGRAM dan AKTIVITI PERDA setakat mana praktikal, bagi melibatkan golongan MISKIN dan MISKIN TEGAR Bukan Melayu-Bumiputra, yang secara langsung akan menyumbangkan kepada kesejahteraan kesemua golongan MISKIN dan MISKIN TEGAR Warga PERDA, dan

V. Memandangkan PERDA adalah badan berkanun yang ditubuhkan oleh PERSEKUTUAN, maka ianya adalah menjadi tanggungjawab PERDA untuk mendukung polisi Kerajaan Pusat yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan dan Luar Bandar (KPLB), serta pada masa yang sama, memandangkan PERDA juga bertanggungjawab ke atas keseluruhan hal ehwal warga luar bandar Pulau Pinang, maka PERDA akan juga bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam membantu menjayakan kesemua PROGRAM dan AKTIVITI Kerajaan Negeri di kawasan PERDA yang akan memberi manfaat kepada kesemua Warga PERDA.

IN SHAA ALLAH !!!

TANPA GUNDAH-GANJARA !!!

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!

 

Mohamed Haniff bin Khatri Abdulla, Pengerusi PERDA

 


porn Porn