PERDA bangunkan 11 buah rumah PPRT

Profile

Sebanyak 11 buah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sedang dibangunkan oleh PERDA di dalam kawasan operasinya. Jumlah tersebut adalah berdasarkan peruntukan yang diterima oleh PERDA dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang berjumlah hampir RM500,000.

Peserta-peserta atau penerima bantuan yang terpilih adalah mereka yang tersenarai di dalam senarai e-kasih yang diuruskan oleh Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang.

Pemilihan mereka selain daripada tergolong daripada keluarga yang miskin, mengambil kira keadaan rumah sedia ada yang agak uzur. Ada juga yang dipilih berdasarkan rumah peserta yang rosak atau musnah akibat kebakaran.

Pecahan bantuan rumah ini mengikut daerah ialah Seberang Perai Utara sebanyak empat buah, Seberang Perai Selatan dua buah, Daerah Barat Daya empat buah dan Seberang Perai Tengah sebanyak sebuah.

Nilai seunit rumah yang dibangunkan oleh PERDA di bawah program PPRT KPLB ini ialah RM45,000. Semua penerima bantuan dijangka akan menerima rumah masing-masing sebelum berakhir tahun ini.


RUMAH ASAL

  

  


RUMAH SEDANG DALAM PROSES PEMBINAAN

  

porn Porn