PERDA Dalam Usaha Membangunkan Program Akua-Tourisma Di Sungai Batu, Balik Pulau

Profile15 Februari 2019, Teluk Kumbar

Selain daripada melaksanakan dan meneruskan semua program dan aktiviti sedia ada untuk masyarakat di dalam kawasan operasi, PERDA juga dalam usaha untuk membangunkan kawasan Pantai Teluk Bayu, Sungai Batu di Daerah Barat Daya sebagai pusat akua-tourisma.

Sebagai satu program terbaru PERDA, cadangan pemajuan program akua-tourisma ini akan meliputi medan selera, persembahan kebudayaan dan pusat jualan kraftangan.

Usaha ini bertujuan untuk menaik taraf sosio ekonomi masyarakat setempat yang akan terlibat secara langsung di dalam cadangan program dan aktiviti pemajuan program akua-tourisma ini.

Pada 15 Februari yang lalu, Pengerusi PERDA Mohamed Haniff Khatri Abdullah bersama pegawai-pegawai pengurusan tertinggi PERDA telah meninjau potensi Pantai Teluk Bayu, Sungai Batu melalui laut dengan menaiki sebuah bot.

Cadangan pemajuan ini masih di dalam peringkat kajian serta penyelesaian isu perihal hak milik tanah berkaitan.


 

  

  

   

   

porn Porn