PERDA dan JPN Anjur Bengkel Matematik

Profile24 Mac 2017, Pantai Merdeka

Lebih 150 orang pelajar UPSR telah diberi pendedahan teknik menjawab soalan peperiksaan melalui program Straight A’s Matematik UPSR siri 1 tahun 2017 yang diadakan pada 20 hingga 22 Mac bertempat di Pantai Merdeka, Kedah.

Program anjuran Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPN) ini bertujuan untuk memberi kefahaman kepada pelajar mengenai teknik menjawab soalan matematik UPSR dengan lebih jelas.

Pada masa yang sama, program tersebut turut bermatlamat untuk memberi pendedahan kepada para pelajar dari aspek kemahiran komunikasi bagi meningkatkan keyakinan diri mereka untuk bercakap dihadapan peserta melalui pembentangan tajuk oleh setiap kumpulan.

Program di bawah aktiviti Program Didik Cemerlang Akademik (PDCA) ini melibatkan sebanyak 23 buah sekolah rendah di bawah bimbingan PERDA.


 

   

   

   

  

porn Porn