PERDA Laksana Pembangunan Agro Tourism Tasek Gelugor

Profile17 April 2017, Tasek Gelugor

Bahagian Pembangunan Ekonomi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah mengadakan lawatan menyusuri sungai di tiga kampung yang terlibat dengan Program Pembangunan Agrotourism Tasek Gelugor pada 17 April lalu bertempat di Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Tiga perkampungan tersebut iaitu Kampung Labuh Banting, Kampung Air Itam Dalam dan Kampung Pengkalan Machang bakal menikmati kemajuan lebih pesat dalam tempoh empat tahun lagi melalui projek hab pelancongan sungai.

Menurut Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya, kawasan yang terlibat mempunyai infrastruktur dan kelebihan faktor alam semula jadi serta jika dibangunkan secara teratur ianya akan menjadi satu tarikan pelancongan.

Tambahnya lagi projek tersebut telah bermula pada tahun lalu dan dijangka siap dalam tempoh masa empat tahun lagi.

“Keistimewaan alam semula jadi yang dimiliki tiga kampung dalam kawasan parlimen ini digabungkan bagi mewujudkan pakej pelancongan menarik, sekaligus dapat menjana pendapatan penduduk setempat,” katanya dalam sidang media di Jeti Pengkalan Machang, semalam

Turut hadir sama ke program itu Naib Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Datin Zuraidah Hosni, Pengarah Pusat Inovasi,Perancangan dan Pembangunan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Professor Amran Hamzah, Timbalan Pengarah Tourism  Malaysia Hishamuddin Mustafa, dan Pengurus Besar PERDA Rosman Hashim.


 

   

   

   

  

   

   

   

porn Porn