PERDA Lancar EKSA

Profile28 Julai 2017, Ibu Pejabat PERDA

PERDA telah melalui Persijilan 5S sebanyak 5 kali bermula dari tahun 2010 hingga tahun 2015. Pada tahun 2016, PERDA bercadang untuk melaksanakan Ekosistem Kondusif Sektor Awam atau lebih dikenali dengan nama EKSA untuk menggantikan persijilan 5S.

Berdasarkan inisiatif ini, pelbagai perkara telah disusun antaranya perlantikan jawatankuasa yang baru dan juga kursus EKSA kepada anggota PERDA. Penjenamaan nama serta pembahagian zon turut dirombak selaras dengan amalan EKSA ini. Nama-nama zon pada kali ini menggunakan nama bunga-bungaan dan ianya diberi berasakan akronim PERDA sendiri iaitu Primrose, Erica, Rondeletia, Delphinium dan Amaryllis.

Hasil perancangan yang teliti dan tersusun, pada 28 Julai 2017 yang lalu secara rasminya EKSA di peringkat PERDA telah dilancarkan. Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Pengurus Besar PERDA, Rosman Hashim. Gotong-royong Perdana juga diadakan selepas majlis pelancaran tersebut berlangsung.

PERDA mensasarkan untuk memperolehi Persijilan EKSA pada pertengahan tahun 2018.


 

porn Porn