PERDA Menyahut Seruan SPRM Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah

Profile24 Mei 2017, Ibu Pejabat PERDA

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah menyahut seruan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) atau Corruption-Free Pledge.

Upacara menandatangani IBR yang berlangsung di Dewan Mutiara Wawasan PERDA ini diadakan bersempena dengan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Mei 2017; dengan didahului oleh Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) PERDA, Noor Hayati Ishak dan Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) PERDA, Mohd Asri Baharum yang turut disaksikan oleh Datuk Abdul Aziz Aban, Pengarah SPRM Pulau Pinang.

IBR merupakan suatu polisi yang bertujuan mengelak sebarang konflik kepentingan serta persepsi negatif antara agensi dan pihak luar. Ia juga menjadi suatu bentuk komitmen dan perjanjian setiap individu di PERDA untuk membenci dan menolak sama sekali sebarang kegiatan rasuah.

Majlis lafaz ikrar ini dihadiri seramai 176 orang anggota PERDA.



   

   

   

porn Porn